Saya suka sangat dengan parang di atas ni, kayu dia cantik. Tengah saya membelek-belek parang ni rupa-rupanya ada orang tengah berunding dengan tuan punya. Melepaslah saya. Kayu parang ni ialah kayu cendana dan saya rasa ni bahagian teras dia. Besi kalau tak silap besi spring. Harga RM200.
Parang panjang dengan lilitan tali hitam di atas, kalau tak silap saya rega dia dalam RM75 sebilah. Ni parang biasa untuk kegunaan ke kebun. Yang pendek kat bawah ni, RM50 sebilah.
salam,
ReplyDeleteparang no 1 tu berapa rm .hulu & sarung kayu akasia ke...yg hitam kat temin tu kayu arang ke...mohon pencerahan...tq
Parang dalam gambar No. 1 dah dibeli orang, kalau tak silap harga dia RM250 selepas perundingan. Saya tak pasti kayu ni kayu akasia ke tidak, kalau penduduk tempatan memanggilnya dengan gelaran Kayu Sarongan. Hulunya dari kayu yang sama tetapi menggunakan bhg pangkal pokok. Bhg hitam tu memang kayu arang, di sini mereka menggelarnya kayu Malam.
ReplyDeleteSalam Encik Zaki,
ReplyDeleteSaya berminatlah nak beli parang dari Sarawak ni. Nampa cantik dan berkualiti.
Boleh ke saya minta tolong Encik Zaki belikan dan pos ke Johor Bahru.
TQ
Salam ROD, lebih baik call terus dengan tukang, no2 HP mereka ada kat blog. Boleh tawar menawar.
ReplyDelete