Friday, May 8, 2009

Parang Sabit Hulu Kepala Naga

Tuan Punya: Zaki Ahmad
Besi: Rel Kereta Api
Kayu: Kayu Baru
Komen: Parang ni koleksi kedua saya. Ia diilhamkan dari versi kerambit yang dikenali sebagai kuku macan. Ukirannya di perolehi dari internet dangan sentuhan tersendiri tukang ukir. Kalau nak tiru bulat-bulat tak boleh, tapi lebih kurang le. Cuma beza ketara ialah pada mata parang, kuku macan lebih melengkung sedangkan parang ni tidak. Ia untuk kegunaan menyembelih ternakan. Besinya dari rel kereta api. Tukang sarung dan ukir adalah seorang warga indonesia yang bekerja di sebuah ladang sawit di Lawas, Sarawak. Walaupun ukiran beliau agak kasar, namun saya tetap tabik hormat. Saya masih menunggu satu lagi parang berukir yang saya tempah dari saudara shahir dari blog http://parangcantik.blogspot.com. Nanti kalau dah siap, saya masukkan kat sini. Salam.


2 comments:

  1. wa klu nk dapat kan parang ni mcm mne eaaaaa

    ReplyDelete
  2. Sorry bro, tak jual. Tukang yang buat parang ni dah tak aktif lagi. Jadi nilah satu-satunya hasil tangan beliau yang ada dalam koleksi saya. Payah nak cari tukang ukir yang mahir kat sini, kalau ada pun kena bebaris menunggu giliran. :(

    ReplyDelete