Friday, April 15, 2011

Tukang Sarung Parang Dari Kodiang, Kedah

Semalam saya menerima satu email dari saudara Mohd Rohaizad. Dalam emailnya dia mencadangkan seorang tukang sarung di utara semenanjung untuk dimasukkan ke dalam senarai tukang dalam blog. Terima kasih banyak atas cadangan tuan tu, saya sangat menghargainya.

Baiklah, tukang yang dimaksudkan ialah En. Din dari Kodiang, Kedah. Dua gambar berikut adalah hasil tangan En. Din. Parang yang kat bawah ni memang cantik. Melihat pada gambar ni, saya yakin En. Din memang mahir mengukir. Buat masa ni En. Din menerima tempahan untuk buat sarung Parang, Badik dan Kerambit sahaja. Jadi buat sesiapa yang berminat, terutama dari kawasan yang berhampiran, bolehlah menghubungi En. Din di talian 017-544-8747.

Saya sangat berharap kalau ada lagi gambar-gambar hasil kerja En. Din yang boleh kita lihat, harap-harap tuan Mohd dapat menghantar lagi gambar-gambar yang lain. :)

12 comments:

  1. tumpang tanya...kerambit kebiasaannya harganya berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pd saiz mata dan kayu.paling murah biasanya rm70 termasuk pos.berminat boleh pm japarang 013-3715617@012-3259487

      Delete
  2. En Din ada buat tempahan parang atau pedang tak?

    ReplyDelete
  3. macamnana nak tempah buat sarung parang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pm 013-3715617.ada banyak jenis mata dan kayu yg boleh di pilih.

      Delete
  4. Saya ni bukan tukang, kalau nak tempah sebaiknya berhubung terus dengan mana-mana tukang yang ada kat blog ni, no HP meraka ada saya sediakan.

    ReplyDelete
  5. Golok Perak Yang Berasal Dari Negeri Perak Darul Ridzuan.
    Hasil seni jemari turun temurun pandai besi yang masih
    menghasilkan seni kraftangan di sekitar Kuala Kangsar, Perak.
    1. Mata Rembau
    2. Mata Daun Buloh
    3. Mata Jawi Pekan
    4. Mata Perak Penuh
    5. Mata Lampam
    6. Mata Gedubang
    7. Mata Tumbuk Lada
    Mata bermaksud bilah golok.
    Boleh hubungi saya, Kapten @ 0191 272 2373

    ReplyDelete
  6. saudara ZakiA,ada satu lagi tukang buat parang dari bahau negeri sembilan.Anau Kraft.boelh tak saudara tolong masukkan dalam blog saudara.

    ReplyDelete
  7. ada seorang cikgu di temerloh Pahang pandai buat mata kerambit

    ReplyDelete
  8. cikgu kairo di setiu pun boleh buat mata kerambit 0123643390

    ReplyDelete
  9. Ada tukang buat sarung pisau area Perak x...

    ReplyDelete