Saturday, August 29, 2009

Parang Penguin


This parang belong to my friend, Mr Shukri. The scabbard and hilt maker is Mr. Mohiden from Kampung Sualai, Lawas. Mr. Mohiden just finish this parang and i'm taking the opitunity to snap this photo for my blog. I dont know the wood use for the scabbard and hilt. I'll get beck on that later. If i'm not mistaken, the blade is a penguin blade. Penguin blade is a type of parang blade made by some company and given a penguin mark on the blade. This type of blade is well knowed among the local of Bintulu.

Sep 2, 2009 - I just found out what is the name of the wood use for the scabbard and hilt of this parang, it call Kayu Epel. Can easyly found near the river bank.

Parang ni milik sahabat saya En. Shukri. Tukangnya ialah En. Mohiden dari Kampung Sualai, Lawas. En. Mohiden baru sahaja menyiapkan parang ni, jadi saya mencuri kesempatan merakam gambar di atas untuk tatapan semua. Saya tak pasti apa jenis kayu yang digunakan untuk sarung dan hulunya, nanti saya akan menyiasat dulu. Tapi bilah parang ni, kalau tak silap, parang cap penguin. Tak pastilah syarikat mana yang mengeluarkan parang ni, tapi identiti utamanya ialah cop penguin pada bilah parangnya. Parang jenis ni sangat popular dikalangan penduduk setempat di Bintulu.

2 Sept, 2009 - Saya baru je tahu nama kayu yang digunakan untuk sarung dan hulu parang ni, penduduk tempatan memanggilnya dengan nama Kayu Epel. Mudah didapati tumbuh di tebingan sungai.

Kayu 3


Kayu Ranggu: This picture is taken yesterday during my visit to Mr. Mohiden house, a parang and hilt maker in Kampung Sualai, Lawas. The Ranggu wood well knowed for its' beautiful wood grain. With a mix of brown and red colour, this wood is among the top choise of the local parang collector.

Kayu Ranggu: Gambar ni saya rakam semalam waktu melawat rumah En. Mohiden, salah seorang tukang sarung di Kampung Sualai, Lawas. Kayu Ranggu sememangnya dikenali sebagai kayu yang cantik untuk dijadikan hulu dan sarung parang. Warnanya coklat kemerahan dengan urat kayu yang cantik, pasti selalu menjadi pilihan para kolektor parang.

Thursday, August 27, 2009

Mata Samporna

This is a picture of some Samporna Blade sell in Limbang Friday Market. The seller name is Mr. Salleh. This parang blade is made in Samporna, Sabah and sell from KK to Spitang and into Lawas and Limbang in Sarawak. This blade is hard and easyly can cut 5" iron nail in half. The blade is forge in to many design, from shotter to longger type of parang.

Ini gambar beberapa jenis bilah mata samporna yang dijual oleh En. Salleh di Tamu Jumaat, Limbang. Bilah parang ni ditempa di Samporna, Sabah dan dijual dari KK sampai Sepitang, Sabah, malah hingga ke Lawas dan Limbang di Sarawak. Ketahanan mata parang ni cukup bagus, malah dapat memotong paku 5" dengan mudah. Ada pelbagai pilihan bentuk mata yang dijual, dari yang pendek hingga mata yang panjang. Cuma balik kepada pilihan pembelinya sahaja.

Tuesday, August 25, 2009

Parang Mata Samporna Kayu Malam

Owner: Mahadi Bair
Blade Material: Car Spring
Wood Type: Kayu Malam
Overall Length: 55cm
Blade Length: 37cm
The Story: I bought this parang blade from a parang blade seller name Mr. Salleh at Limbang Friday Market. According to him, the blade is made of car spring by a blade maker from Samporna, Sabah. The blade is really hard and can easly cut in half a 5" iron nail. The
scabbard and hilt are made of Kayu Malam and done by Mr. Mohiden from Kampung Sualai, Lawas. I just add a bit of clear spray to make the wood more gloosy look.

Tuan Punya: Mahadi Bair
Besi: Spring
Kayu: Kayu Malam
Panjang Keseluruhan: 55cm
Panjang Bilah: 37cm
Komen: Mata parang ni saya beli dari En. Salleh, seorang penjual mata parang di tamu jumaat, Limbang. Menurut beliau, mata parang tersebut dibuat dari besi spring oleh tukang dari Samporna, Sabah. Bilah mata parang ni cukup keras hingga mampu memotong paku 5 inci dengan mudah. Hulu dan sarungnya dibuat dari Kayu Malam oleh En. Mohiden dari Kampung Sualai, Lawas. Bagi menambah kilat sarung parang, saya spray balik dengan spray clear.










Monday, August 24, 2009

Parang Dapur Kayu Baru 2

Owner: Marzuki Jahawi
Blade Material: Car Spring
Wood Type: Kayu Baru
Overall Length: 35cm
Blade Length: 19cm
The Story: Another type of parang use in the kitchen. The scabbard and hilt made by an indenosian worker in Lawas. The iron is forge from a 4WD car spring. The local use this type of metal to forge blade because it knowed for is sharpness. Other then that, this type of blade is cheaper and easy to find.

Tuan Punya: Marzuki Jahawi
Besi: Spring Kereta / Car Spring
Kayu: Kayu Baru
Panjang Keseluruhan: 35cm
Panjang Bilah: 19cm
Komen: Satu lagi jenis parang dapur. Sarung dan hulu dibuat oleh seorang pekerja Indonesia di Lawas. Besinya dari spring kenderaan. Besi jenis ni terkenal dengan ketajamannya disamping kos membuatnya adalah lebih murah dan mudah didapati.









Thursday, August 20, 2009

Parang Mata Pedang Kayu Kulimpapa Tanduk

Owner: Zaki Ahmad
Blade Material: Steel
Wood Type: Kulimpapa Tanduk
Overall Length: 66cm
Blade Length: 44cm
The Story: My scabbard and Hilt maker finish his work on my new parang yesterday. Originaly, the blade come from a shot ninja sword i bought on Lelong.com. I turn it into a parang style, to add a new touch to my collection. As you can see, the result is very beatiful parang. The scabbard and hilt is made from a local wood call "Kulimpapa Tanduk". Usually the Kulimpapa Tanduk ia a yellow colour wood, but this one got a mix of brown and a bit of pink in it, and relly hard to find too. So i guist, i'm a bit lucky to have this in my collection.

Tuan Punya: Zaki Ahmad
Besi: Besi Steel
Kayu: Kulimpapa Tanduk
Panjang Keseluruhan: 66cm
Panjang Bilah: 44cm
Komen: Parang ni baru siap petang semalam. Mata parang ni asalnya dari bilah pedang pendek Ninja yang saya beli dari laman Lelong.com. Sengaja saya minta disarungkan dengan gaya sarung parang bagi memberi kelainan pada koleksi saya. Hasilnya memang memuaskan. Kehalusan bilah tempa mesin memang sukar dibanding dengan tempa tangan. Tapi dari segi ketahanan bilah, memang saya akui, tempa tangan jauh lebih baik. Kayu ni adalah kayu Kulimpapa Tanduk. Seperti parang yang sebelum ni, kayu ni unik kerana berbeza warna dengan kayu Kulimpapa Tanduk yang lain. Kulimpapa Tanduk biasanya bewarna Kuning seperti kayu Nangka, sedangkan kayu ni kuning kecokletan dengan urat kayu sedikit merah jambu.










A Visit To The Parang Workshop / Kunjungan Melihat Parang

Yesterday evening, with a few friends, we went for a visit at Mr. Imran (a scabbard and Hilt maker) workshop to pickup my newly finish parang. I manage to take some photo of Mr. Imran new collection:

Petang semalam saya dan beberapa rakan sahabat berkunjung ke workshop saudara Imran. Niat asal mengambil tempahan saya yang telah siap dari adik beliau, saudara Kamarul. Dalam asyik becerita, saudara Imran mengeluar beberapa bilah parang yang telah siap berada dalam simpanan beliau. Memang cantik-cantik belaka:

Scabbard and Hilt made of Kayu Malam wood (More to the wood brighter side)
Parang Kayu Malam (Lebih Bahagian Cerahnya)


Scabbard and Hilt made of Kayu Malam wood (More to the wood darker side)
Parang Kayu Malam (Lebih Bahagian Gelapnya)

Scabbard and Hilt made of Kembayau Burung wood
Parang Kayu Kembayau Burung

Scabbard and Hilt made of Madang Sisik wood
Parang Kayu Madang Sisik

One type of Checker Machete
(made from 2 type of wood, Kulimpapa Tanduk and Kayu Malam)
Parang Dam Corak Kek Lapis

* Checker Machete or Parang Dam, is a type of Machete where the scabbard and hilt are made of a few type of wood that cut to small peaces and than combine to make the scabbard and hilt. The word "Dam" mean Checker.

Changing the Look of My First Parang / Ubah Wajah Parang Pertama

Owner: Ahmad Leun
Blade Material: Iron
Wood Type: Petai Belalang
Overall Length: 50cm
Blade Length: 33cm
The Story: This is my first parang. If you read my fist posting, this is the same parang. Boring of it look, with a few can of spray, a few tools and some sand papers, i turn the parang to this. I trim the scabbard a bit to make it more lighter. Then I spray the head of the scarap with an Indian Rosewood colour spray, leaving the body of the scabbard and the hilt to it original colour. It still 80% finish, but i like the new look.

25 Sept 2009 - I gave this parang to my father.

Tuan Punya: Ahmad Leun
Besi: Besi Biasa
Kayu: Petai Belalang
Panjang Keseluruhan: 50cm
Panjang Bilah: 33cm
Komen: Ni adalah parang pertama saya. Kalau saudara semua masih ingat, nilah parang pertama dalam posting blog ni. Disebabkan dah boring dengan rupa asal sarung parang tu, saya ambil keputusan untuk membuat sedikit ubah suai. Bebekalkan beberapa tin spray, kikir dan kertas pasir, nilah hasilnya. Bahagian batang sarung saya nipiskan lagi bagi meringankan berat sarung tersebut. Bahagian sampir sarung, saya spray dengan varnis Indian Rosewood, manakala bahagian badan sarung saya kekalkan warna asalnya. Cuma hulu parang sahaja saya tak usik. Waktu gambar ni di ambil, saya perkirakan dalam 80% siap. Cuma menunggu untuk di spray clear bagi menaikkan lagi kilat sarung parang.

25 sept 2009 - Saya dah hadiahkan parang ni kepada bapa saya.

This is what it look before:
Rupa parang ni sebelum ubah suai: