Wednesday, November 24, 2010

Projek Parang Penebas - Stage 2


Cantikkan.. mata parang penebas yang saya beli hari tu dah siap kilat. Minta tolong ngan tukang Husli. Memang puashati dengan hasil kilatan beliau. Buat masa ni, mata parang ni saya serahkan kepada saudara Besar untuk dibuat hulu, guna cantuman 2 kayu, Kayu Baru dan Kayu Rengas. Khabarnya dah separuh siap, tunggu nak dikilatkan je lagi. Cadangan saya nak balut hulu tu nanti macam "Tsukamaki" yang ada kat pedang katana jepun. Masalahnya nak cari tali yang sama macam yang mereka gunakan memang payah. Kalaulah saya pandai menyimpai, saya simpai je guna tangsi.. :P

Tuesday, November 23, 2010

Parang Besi Spring Kayu Malam (Tukang Besar)










Parang ni kepunyaan Tuan Hatta dari Sibu, ditempah sewaktu kunjungan beliau ke Limbang dalam 2 bulan lepas. Tukangnya, saudara Besar. Kayu yang digunakan untuk parang ni ialah kayu Malam. Kebelakangan ni kayu malam dah agak payah diperolehi, mungkin sebab habis di borong dek tukang-tukang yang ada. Kalau ada pun, saya rasa tinggal kayu reject je. Beruntung le sesiapa yang dah ada sebilah parang guna kayu ni, saya ada 1 je tinggal, yang lain semua dah lepas kat orang.. hu..hu.. sayang betul...

Monday, November 22, 2010

Parang Besi Spring Kayu Nyirih (Tukang Besar)










Parang ni saya boleh ketegorikan sebagai parang dapur, boleh guna untuk memotong dan melapah, mungkin sebab saiznya yang kecil dengan mata yang lebar. Tukang dan tuan punya ialah saudara Besar sendiri. Dibuat dari besi Spring yang ditempa di Sabah dengan kayu Nyirih sebagai hulu dan sarungnya. Gelang hulu pulak guna steel. Dalam koleksi saya, ada sebilah parang macam ni, tiap kali nak potong memotong di dapur, parang tulah yang akan saya gunakan. Tangan saya pun dah dua tiga kali teluka sebab matanya yang tajam. Adeh.. masih jelas parutnya.. :(

Friday, November 19, 2010

Senarai Penjual dan Tukang Parang

Kebelakangan ni saya selalu menerima email dari sahabat-sahabat yang ingin tahu kalau-kalau saya tahu tukang-tukang atau penjual parang yang berhampiran dengan mereka. Jadi sebagai usaha nak membantu, saya wujudkan senarai ni dengan harapan ia dapat membantu sahabat-sahabat semua agar dapat berhubung terus dengan tukang-tukang atau penjual parang yang ada sekiranya nak menempah parang.

Saya juga memohon bantuan sahabat-sahabat semua, kalau-kalau ada tukang-tukang atau penjual parang sekitar kawasan anda, bolehlah diemailkan kepada saya nama, alamat dan no HP mereka di zakia@sarawaknet.gov.my.
Nanti saya akan masukkan sekali nama-nama mereka dalam senarai ni.

SARAWAK:


Abdul Khalid Bojeng (Penjual Parang - Tempahan)
Sri Aman
Tel: 016-5754455

Tukang Jol RTM
Kuarters JKR Jalan Kubong
Tel: 013-8216567

Imran Hj. Jamjan (Tukang Sarung)
Kampung Patiambun, Limbang
Tel: 013-8492981

Mohd. Kamarul Hj. Jamjan (Tukang Sarung)
Kampung Patiambun, Limbang
Tel: 013-5675789

Husli Hj Perak (Tukang Sarung)
Kampung Patiambun, Limbang
Tel: 013-8056413

Ali Kassim (Tukang Sarung)
Sungai Poyan, Limbang
Tel: 013-8827241

Kamis Aji (Tukang Sarung)
Sungai Poyan, Limbang
Tel: 019-8754902

Hj. Emran (Penjual Parang/Tukang)
Kpg. Ipai/Tamu Limbang
Tel: 014-8875157

Salleh bin Tuah
Taman Desa Pabahanan Limbang Sarawak
Tel: 0138138604


SABAH:

Khairul Helmi Zainal (Luna)
Kota Belud, Sabah
Penjual Parang
Tel: 019-3674145
email: luna5065@gmail.com
Webpage: http://parangbajau.blogspot.com


PERAK:

Hairi Bin Maidin (Tok Kie)
Pusat Kraf Felda Gunung Besout 2, 35600 Sungkai Perak
Tel: 016-4459155
Webpage: http://golokkraf.blogspot.com

Aidilcrafts
Kg. Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak
Tel: 016 5473077
Webpage: http://aidilcrafts.blogspot.com/


NEGERI SEMBILAN:

Zamri Wahid
No. 19, Kg. Mentaus, 72400 Simpang Durian, Jelebu, Negeri sembilan
Tukang Besi dan Sarung Parang
Tel: 019-6685036
email: wahidzamri@yahoo.com
Webpage: http://zamri-tukangparang.blogspot.com

Monday, November 1, 2010

Collections Belong to Syed Farhan







Any question regarding this collections, please contect Mr Syed Farhan at syd_frhn@yahoo.com. Thanks Syed for sharing with us.