Thursday, March 5, 2015

Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua pengumpul-pengumpul parang semua. Hari ni saya nak memperkenalkan satu lagi blog baru mengenai parang. Blog tersebut bernama Parang Kraf. Kalau tak silap saya adminnya seorang guru kafa dari Sabah negeri di bawah bayu. Jadi sama-samalah kita berkunjung ke laman tersebut.

Monday, November 17, 2014

Koleksi En. Adam Malek

Lama tak buka email, rupa-rupanya ada email dari Tuan Adam Malek. Inilah antara koleksi tebaru yang beliau emailkan kepada saya. Kata beliau, kesemua koleksinya adalah custom made/buatan khas. Tukang sarungnya Tuan Aladdin @ Samsuddin dan Tukang ukir adalah Tuan SM Borhanuddin, dari Sg Panjang, Selangor.


PARANG KELISA

Parang sembelihan yang menggunakan bilah besi pemotong batu buatan Jerman.Sarung dan hulu daripada raja kayu merah. Cincin daripada tembaga merah Afrika. Mata ikan daripada batu serai. Lapik tanduk rusa dan alas kayu halban tanduk.



PISAU LAPAH

Hulu daripada kayu kemuning gading.Sarung daripada raja kayu merah dan pengunci kayu penawar hitam. Bilah daripada besi paku rel keretapi. Cincin stainless steel.

Wednesday, September 3, 2014





Salam Merdeka kepada semua. Kali ni saya nak memperkenalkan Saudara Zulkiffily Ahmad Sabri (zul parang) dari selangor. Di atas ni ada empat gambar hasil tukangan beliau yang telah di emailkan kepada saya.

Beliau menempa semua jenis senjata tradisional dan membuat hulu sarung serta ukiran. Bagi yang berminat untuk menempah bolehlah bergubung dengan beliau di:-

Syarikat Lading Emas Kraf,
No.36, Jalan sp8/4,
Bandar Saujana Putra, 
42610, Jenjarom,
Selangor. 
Tel: 0176157509.

Wednesday, December 4, 2013

Koleksi Keris En. Adam Malik











Ini merupakan koleksi keris kepunyaan saudara Adam Malik yang diemailkan beliau kepada saya baru-baru ni.

KERIS KEMUNING
Hulu dan sarung diperbuat daripada kayu kemuning gading gred 1 (biasanya digunakan oleh para sultan). Bilah daripada waja campuran. Tampuk tembaga kuning.

KERIS KILO
Hulu dan sarung diperbuat daripada kayu teras kilo gred1 (biasanya digunakan oleh para pendekar). Bilah daripada besi 7pa. Tampuk nikel.

Kedua-dua keris ini berpasangan dengan parang sembelihan.
1.Parang sembelihan kemuning gading. Bilah besi stainless steel TRAMONTINA buatan Brazil. Cincin tembaga kuning.

2.Parang sembelihan teras kilo. Bilah klip rel keretapi. Cincin tembaga merah Afrika.

Lapik beradu daripada kayu keranji.

Monday, November 12, 2012

Lama dah tak update

Dah seminggu tak bukak email, baru kejap tadi berkesempatan, terima kasih buat semua yang menghantar email, maaf sebab tak dijawap. Kebelakangan ni selalu je sebok, office pun baru je siap buat 5S fasa pertama, lagi dua bulan  HQ nak datang buat pemeriksaan. Banyak lagi yang nak kena dibuat. Adeehh...

Semalam sempat jugak tengok-tengok koleksi, dah lama betul tak berkunjung ke tukang-tukang yang ada. Blog ni pon dah rasa malas nak update. hehehe..

Buat semua rakan-rakan sehobi, maaf ya, parang-parang dalam blog ni sebenarnya bukan tuk di jual, sekadar tempat untuk mempamerkan koleksi semata-mata, ramai yang tanya saya kalau-kalau ada koleksi dalam blog ni tuk di jual. Saya cadangkan buat sesiapa yang berminat, bolehlah buat tempahan terus ke tukang, no handphone ada dalam blog ni, rajin-rajin la click-click..

Alang-alang dah menaip ni, saya nak memperkenalkan dua blog yang dicadangkan kepada saya oleh En. Lan Halmi dan En Mazlan;


Silalah berkunjung ke laman tersebut, banyak jugak informasi baru yang boleh rakan-rakan semua pelajadi di sana.

Friday, July 6, 2012

Jutaan Terima Kasih

Jutaan terima kasih saya ucapkan buat sahabat dari Brunei yang telah menyumbangkan buku "Mistik Teras & Kayu" kat saya siang tadi. Tekejut gak tiba-tiba masok office kena hulur buku. Terfikir gak bila masa order satu. Hehehe..

Apa pun, sekali lagi terima kasih banyak-banyak buat sahabat.

p/s - Lama dah tak update koleksi parang2, insyaallah saya cuba cari bahan-bahan yang baru untuk dimuatkan disini.