Monday, May 25, 2009

Parang Sarung Dam Limbang

Tuan Punya: Zainuddin Ahmad
Besi: Spring Kenderaan
Kayu: Nyieh dan Rengas Hutan
Komen: Parang ni asalnya kepunyaan saya, tapi dah dibeli oleh kawan saya dari Betong, Sarawak. Disebabkan beliau betul-betul nakkan parang macam ni, jadi saya membuat keputusan untuk menjualkan kepada beliau. Sayang memang sayang, tapi kebetulan saya tengah menempah satu lagi parang dam dengan corak yang berbeza dari yang ni. Jadi, tak apalah.. :( Siap nanti saya akan upload. Buat mereka yang baru masok blog ni, sarung dan hulu parang ni ditukangkan oleh saudara Kamarul dari Kampung Patiambun, Limbang.


Wednesday, May 20, 2009

Parang Petai Belalang

Tuan Punya : En Abdul Rahim
Besi : Spring Kenderaan
Kayu: Petai Belalang
Komen: Parang ni milik kawan saya En. Abdul Rahim. Beliau membeli parang ni di Lawas baru-baru ni. Gambar parang ni diemailkan kepada saya baru sekejap tadi. Pembuat sarung dan hulu parang ni sama dengan parang pertama dan ketiga saya. Mata parang sama bentuk dengan parang kepunya En. Mustapha tetapi lebih besar dan panjang.



Monday, May 18, 2009

Parang Dapur Kayu Baru

Tuan Punya: Zaki Ahmad
Besi: Spring Kenderaan
Kayu: Kayu Baru
Komen: Parang saya yang behulukan kepala naga sebelum ni juga dibuat dengan kayu baru, tapi kayu baru untuk hulu dan sarung parang ni lebih menonjolkan kecantikan sebenar kayu tersebut. Gabungan warna kuning muda dan coklat kehitaman uratnya, menambah lagi kecantikan parang ni. Parang ni adalah parang kecil yang sangat sesuai untuk digunakan untuk membuat kerja-kerja di dapur seperti memotong daging atau mengupas buah kelapa. Mata parangnya yang tajam dengan besinya yang sedikit berat, merupakan kombinasi yang sangat sesuai. Sayang sekali, mata parang ni sedikit bekarat.


Wednesday, May 13, 2009

Mandau Kontot

Tuan Punya: En. Mustapha Bojet
Besi: Spring Kenderaan
Kayu: Unknow
Komen: Parang ni dibeli oleh kawan saya waktu traveling ke Lawas baru-baru ni. Tukangnya sama dengan tukang parang pertama saya tu. Manurut si penjual, kayu parang ni dibuat dari kayu yang didapati ditepi jalan sekitar bandar Lawas. Saya pun tak pasti nama pokok tu. Urat kayu ni agak unik kerana ia agak rapat-rapat dan bergaris-garis. Design parang seakan-akan parang mandau tetapi parang ni dibuat pendek dan tebal, sedangkan parang mandau agak nipis dan panjang.


Friday, May 8, 2009

Parang Kayu Nyieh

Tuan Punya: En. Mahadi Bair
Besi: Cone Bearing Kenderaan
Kayu: Kayu Nyireh
Komen: Parang ni kepunyaan En. Mahadi Bair, juga di sarung oleh En Emran. Mula-mula waktu saya upload gambar parang ni dalam blog, ia nampak sedikit pudar sebab dah lama dalam simpanan. Ni gambar tebaru selepas dikilatkan semula. Kayu ni memang cantik dan berkilat-kilat macam batu cat eye. Urat kayu agak sederhana tetapi menarik.


* Sedikit keanehan, parang yang disarung menggunakan kayu Nyieh mesti selalu diperiksa dan diminyak kerana parang akan mudah bekarat kalau dibiarkan dalam sarungnya lebih dari 2 minggu. Informasi ni saya perolehi dari seorang sahabat di Lawas.

Parang Sabit Hulu Kepala Naga

Tuan Punya: Zaki Ahmad
Besi: Rel Kereta Api
Kayu: Kayu Baru
Komen: Parang ni koleksi kedua saya. Ia diilhamkan dari versi kerambit yang dikenali sebagai kuku macan. Ukirannya di perolehi dari internet dangan sentuhan tersendiri tukang ukir. Kalau nak tiru bulat-bulat tak boleh, tapi lebih kurang le. Cuma beza ketara ialah pada mata parang, kuku macan lebih melengkung sedangkan parang ni tidak. Ia untuk kegunaan menyembelih ternakan. Besinya dari rel kereta api. Tukang sarung dan ukir adalah seorang warga indonesia yang bekerja di sebuah ladang sawit di Lawas, Sarawak. Walaupun ukiran beliau agak kasar, namun saya tetap tabik hormat. Saya masih menunggu satu lagi parang berukir yang saya tempah dari saudara shahir dari blog http://parangcantik.blogspot.com. Nanti kalau dah siap, saya masukkan kat sini. Salam.


Pisau Lapah

Tuan Punya: En. Mahadi Bair
Besi: Spring Kenderaan
Kayu: Kayu Sarungan + Rengas Hutan
Komen: Yang ni bukanlah parang tapi hanya sekadar pisau lapah milik kawan saya, En. Mahadi Bair dari Limbang, Sarawak. Pisau ni agak unik dan tajam. Sarungnya dibuat dari cantuman 2 jenis kayu hutan dan sangat cantik. Tukang sarungnya saudara Mohd. Kamarul dari Kampung Patiambun, Limbang. Beliau dan abangnya, saudara Imran, terkenal dengan kemampuan mereka membuat sarung parang batik. Insyaallah, kalau tempahan parang saya dah siap, saya akan masukkan dalam blog ni. Jadi tunggu ya..


Parang Mata Samporna Kayu Kopi

Tuan Punya: En. Sahari Jakut
Besi: Mata Samporna
Kayu: Kayu Kopi
Komen: Parang ni kepunyaan kawan saya, En Sahari Jakut dari Lawas, Sarawak. Menurut beliau, besi parang ni buatan seorang tukang dari Samporna, Sabah. Mata parangnya cukup tajam dan mampu memotong paku 5 inci. Istimewanya parang ni ialah ia dibuat dari kayu pokok kopi. Ya, kopi yang selalu kita minum tu. Kalau tengok live, sarung parang ni agak keputihan, tapi dalam gambar jadi kekuningan pulak. Tukang sarungnya sama dengan tukang sarung parang saya sebelum ni.


Parang Cap 2 Mata Kayu Petai Belalang

Tuan Punya: Zaki Ahmad
Besi: Cap 2 Mata
Kayu: Kayu Petai Belalang
Komen: Ini adalah parang pertama dalam koleksi saya. Mata parang saya beli dikedai dengan harga RM22 je. Lepas tu saya hantar ke tukang di daerah Lawas, Sarawak untuk dibuatkan hulu dan sarung dari kayu. Buatannya agak simple tapi ada tarikannya tersendiri, terutama bagi mereka yang minat reka bentuk sarung seumpamanya. Namun begitu, sarung parang seperti ini akan lebih nampak menarik jika menggunakan kayu hutan yang bercorak-corak, contohnya seperti kayu malam. Hulu dan sarung parang ni nampak bebeza ton warnanya disebabkan hulunya dari teras pokok sedangkan sarung dari batang pokok.