Thursday, July 9, 2009

Parang Kukri Hitam

Tuan Punya: Zaki Ahmad
Besi: 440 Stainless Steel
Kayu: -Nil- (Sarung Naylon)
Komen: Parang ni saya beli dari lelong.com. Saiz matanya dalam 12 inci. Sedikit berat dengan hulu getah yang sangat erat dan selesa dalam genggaman. Bentuk mata parang sangat cantik dan halus tukangannya. Parang kukri sinonim dengan askar ghurka dan merupakan senjata kebangsaan negara Nepal. Satu amalan dikalangan askar ghurka dahulu kala, kalau parang kukri telah dihunuskan dari sarungnya, ia mesti merasai darah sebelum boleh di sarung semula. Jadi kalau ia tidak digunakan untuk membunuh, maka tuan punya akan menghiris tangannya sendiri sebelum menyarungkan semula kukri tersebut. Benar atau tidak, hanya tuhan yang tahu..






1 comment:

  1. salam bang, nak jual tak pisau kukri ni? berapa hantarannya?

    de_attractionist@yahoo.com

    ReplyDelete