Antara kayu yang digunakan untuk membuat sarung dan hulu parang oleh masyarakat tempatan. Kebelakangan ni, agak susah nak dapatkan kayu-kayu yang mempunyai corak urat yang cantik-cantik. Kalau dapat satu, memang beruntung.
Kayu Nyieh: Warna kemerahan kayu Nyieh sangat cantik, namun parang yang menggunakan sarung dari kayu Nyieh mesti diperiksa seminggu sekali kerana khabarnya, mata parang mudah berkarat kalau disarung dengan kayu ni. Terutama parang dari besi spring.
Kayu Mata Kucing: Sudah banyak jenis kayu buah-buahan yang telah dicuba sebagai sarung dan hulu parang termasuklah Kayu Buah Mata Kucing. Urat kayu yang berbelang-belang macam harimau adalah tarikan utama kayu ni menjadi pilihan kolektor parang.
Kayu Sarongan: Kayu ni memang sudah lama menjadi pilihan sebagai sarung dan hulu parang. Antara kayu sarongan yang paling cantik pernah saya lihat ialah kayu sarongan yang diperolehi dari banir kayu yang mati beragan (mati sendiri).
Kayu Malam: Antara kayu yang paling populer di sekitar Limbang dan Lawas. Kayunya keras dan cantik. Cuma satu masalah, kalau lambat dibuat, kayu akan merekah.
Kayu NyiehKayu Mata KucingKayu SaronganKayu Nyieh: Warna kemerahan kayu Nyieh sangat cantik, namun parang yang menggunakan sarung dari kayu Nyieh mesti diperiksa seminggu sekali kerana khabarnya, mata parang mudah berkarat kalau disarung dengan kayu ni. Terutama parang dari besi spring.
Kayu Mata Kucing: Sudah banyak jenis kayu buah-buahan yang telah dicuba sebagai sarung dan hulu parang termasuklah Kayu Buah Mata Kucing. Urat kayu yang berbelang-belang macam harimau adalah tarikan utama kayu ni menjadi pilihan kolektor parang.
Kayu Sarongan: Kayu ni memang sudah lama menjadi pilihan sebagai sarung dan hulu parang. Antara kayu sarongan yang paling cantik pernah saya lihat ialah kayu sarongan yang diperolehi dari banir kayu yang mati beragan (mati sendiri).
Kayu Malam: Antara kayu yang paling populer di sekitar Limbang dan Lawas. Kayunya keras dan cantik. Cuma satu masalah, kalau lambat dibuat, kayu akan merekah.
No comments:
Post a Comment