Wednesday, July 8, 2009

Lagi Koleksi Parang Dam

Petang tadi saya sempat berkunjung ke rumah saudara Imran dan adiknya En. Mohd. Kamarul bersama dengan En. Mahadi dan seorang lagi rakan kami. Tujuan kami tak lain tak bukan, ingin melihat sendiri bagaimana mereka menghasilkan parang-parang dam mereka. Saya sempat mengambil beberapa foto untuk dikongsikan bersama dengan anda semua. Untuk pengetahuan semua, Saudara Imran dan adiknya merupakan di antara tukang parang yang agak terkenal di kalangan peminat-peminat koleksi parang di daerah Limbang. Sekiranya anda ingin menempah hasil tangan beliau dan adiknya, bolehlah menghubungi beliau terus di talian 013-8492981 (Imran Hj. Jamjan).






Parang Kukri ni masih lagi dengan hulu asalnya. Cuma sarung sahaja yang di tukang oleh saudara Imran. Saya tak pasti parang ni asli atau tidak, tapi memang agak berat sedikit. Saya rasa parang ni memang asli.


Menurut saudara Imran, 2 parang di bawah ni belum lagi siap. Tapi memang dah nampak cantik..




Yang ni, disarung dengan kayu Malam. Kebiasaan kayu malam bewarna putih hitam, tapi kayu malam ni hitam kekuningan, coraknya sekali imbas macam kayu asam jawa. Khabarnya, parang ni sudah dibeli oleh seorang kenamaan Sarawak baru-baru ni. Waaaahh.. untungnya dia.. Bukan senang nak dapat kayu malam sekarang ni.



Gambar-gambar di bawah ni saya scan dari gambar koleksi hasil tangan yang sempat digambar oleh En. Imran sebelum parang-parang tersebut di ambil oleh mereka yang menempah dari beliau dan adiknya.




















Parang di bawah ni merupakan Johan dalam pertandingan parang yang diadakan oleh Persatuan Melayu Limbang kira-kira sebulan yang lepas. Parang ni memang cantik. Susunan Damnya cukup halus dengan petak dam yang kecil-kecil. Petak damnya, bukan saja di sarung parang, malah hingga ke hulunya. Saya dapat bayangkan betapa susahnya nak membuat sarung dan hulu parang ni. Saya memang tabik dengan hasil tukangannya. Parang ni milik saudara Kamarul.


Parang ni mendapat tempat kedua dalam pertandingan anjuran Pesatuan Melayu Limbang. Kayu yang digunakan ialah kayu Simbut. kayu ni sangat cantik dengan belang-belang seperti harimau. Kalau dilihat-lihat, isi kayu ni macam batu Cat Eyes. Tapi kayu ni bukanlah dalam kategori kayu keras. Difahamkan besi parang ni dikenali sebagai besi mata ketam iaitu sejenis besi yang digunakan sebagai mata gergaji kayu balak di sawmill. Besi jenis ni memang keras malah mampu memotong besi lain seperti besi spring.





3 comments:

  1. Bos, berapa anggaran harga pisau lapah sarung dam ni?

    ReplyDelete
  2. Kalau dulu, paling kurang RM150. Sekarang ni dah boleh cecah RM300 ke atas. Malangnya, tukang yang biasa buat teknik ni dah tak buat lagi.

    ReplyDelete
  3. salam bos...masih ada lg parang dam?kalo ada sila beritahu

    ReplyDelete