Wednesday, December 4, 2013

Koleksi Keris En. Adam Malik











Ini merupakan koleksi keris kepunyaan saudara Adam Malik yang diemailkan beliau kepada saya baru-baru ni.

Monday, November 12, 2012

Lama dah tak update

Dah seminggu tak bukak email, baru kejap tadi berkesempatan, terima kasih buat semua yang menghantar email, maaf sebab tak dijawap. Kebelakangan ni selalu je sebok, office pun baru je siap buat 5S fasa pertama, lagi dua bulan  HQ nak datang buat pemeriksaan. Banyak lagi yang nak kena dibuat. Adeehh...

Semalam sempat jugak tengok-tengok koleksi, dah lama betul tak berkunjung ke tukang-tukang yang ada. Blog ni pon dah rasa malas nak update. hehehe..

Buat semua rakan-rakan sehobi, maaf ya, parang-parang dalam blog ni sebenarnya bukan tuk di jual, sekadar tempat untuk mempamerkan koleksi semata-mata, ramai yang tanya saya kalau-kalau ada koleksi dalam blog ni tuk di jual. Saya cadangkan buat sesiapa yang berminat, bolehlah buat tempahan terus ke tukang, no handphone ada dalam blog ni, rajin-rajin la click-click..

Alang-alang dah menaip ni, saya nak memperkenalkan dua blog yang dicadangkan kepada saya oleh En. Lan Halmi dan En Mazlan;


Silalah berkunjung ke laman tersebut, banyak jugak informasi baru yang boleh rakan-rakan semua pelajadi di sana.

Friday, July 6, 2012

Jutaan Terima Kasih

Jutaan terima kasih saya ucapkan buat sahabat dari Brunei yang telah menyumbangkan buku "Mistik Teras & Kayu" kat saya siang tadi. Tekejut gak tiba-tiba masok office kena hulur buku. Terfikir gak bila masa order satu. Hehehe..

Apa pun, sekali lagi terima kasih banyak-banyak buat sahabat.

p/s - Lama dah tak update koleksi parang2, insyaallah saya cuba cari bahan-bahan yang baru untuk dimuatkan disini.

Wednesday, January 11, 2012

Blog Baru

Hari ni tadi saya mendapat satu email dari saudara Zamri Zin tentang blog parang/pisau yang baru diwujudkan oleh beliau. Kepada semua rakan-rakan mari kita sama-sama datang ke laman web beliau di http://zamripisauparang.blogspot.com.