Wednesday, March 30, 2011

Parang Berukir Untuk Dijual - SOLD


- PARANG NI DAH PUN DIBELI ORANG (APRIL 11, 2011) -

Atas permintaan rakan-rakan, akhirnya saya jumpa sebilah parang untuk dijual. Parang ni milik pribadi Tukang Pian. Matanya ditempa dari besi spring dengan panjang dalam 13". Hulunya dari kayu Cendana, Sarung gabungan kayu Asam Hutan dan Cendana. Tempat letak parang (stand) pulak dari kayu Kulimpapa Gading. Dalam gambar ni tak nampak sangat kilat sarungnya sebab gambar asal dah saya kecilkan. Gambar ni saya ambil kat bengkel beliau tadi. Harga tawaran beliau RM900, kalau berminat boleh hubungi beliau di talian 019-4877526. Cuba-cubalah berunding lagi, mana tau ada discount.

Mata: Spring
Panjang Mata: 13"
Lebar Mata: 1.5"
Kayu Hulu: Kayu Cendana
Kayu Sarung: Kayu Asam Hutan + Kayu Cendana
Kayu Stand: Kayu Kulimpapa Gading
Harga Jualan: RM900
Hubungi terus dengan tukang Pian - 019-4877526
Percuma: Tempat Letak Parang Berukir (stand)
Harga Pos: Percuma

Kata orang, parang dengan sarung kayu cendana selalunya tahan karat sebab kayu ni mengeluarkan minyak yang akan melekat pada mata parang. Sayang sekali saya sendiri tak ada parang guna kayu ni. Parang buatan tukang Pian pun saya belum ada lagi. Hhhmmm... nak kena tempah satu ni..













No comments:

Post a Comment