Cantikkan.. mata parang penebas yang saya beli hari tu dah siap kilat. Minta tolong ngan tukang Husli. Memang puashati dengan hasil kilatan beliau. Buat masa ni, mata parang ni saya serahkan kepada saudara Besar untuk dibuat hulu, guna cantuman 2 kayu, Kayu Baru dan Kayu Rengas. Khabarnya dah separuh siap, tunggu nak dikilatkan je lagi. Cadangan saya nak balut hulu tu nanti macam "Tsukamaki" yang ada kat pedang katana jepun. Masalahnya nak cari tali yang sama macam yang mereka gunakan memang payah. Kalaulah saya pandai menyimpai, saya simpai je guna tangsi.. :P
Adakah tips cara2 mengilatkan parang ni?
ReplyDeleteSenang je, upah tukang tolong kilatkan.. :)
ReplyDeleteKalau tak silap saya, selalunya tukang akan gunakan mesin canai dengan mata paling halus. Canaikan pelahan2 dan buat dua tiga kali ulang. Kadang2 makan masa gak. Jadi kenalah besabar. Bila dah cukup halus, golok pulang dengan pengilat seperti "Braso". Itu setakat yg saya tahu, tukang selalu ada caranya yg tersendiri dan jarang kali mereka mahu mendedahkan teknik2 mereka, kalau nak tahu gak, kenalah beguru ngan tukang tu.. :)
Salam saudara,
ReplyDeleteAda saya dngar kbar thun2 sblm ne yg mngatakan bahawa ada sebila pedang samurai yg disimpai dari hulu sampai ke pangkal sarung dijual RM1000+ d bumi kenyalang.. betul ke berita 2 saudara...
Karl, Sabah.