Parang ni kepunyaan Tuan Hatta dari Sibu, ditempah sewaktu kunjungan beliau ke Limbang dalam 2 bulan lepas. Tukangnya, saudara Besar. Kayu yang digunakan untuk parang ni ialah kayu Malam. Kebelakangan ni kayu malam dah agak payah diperolehi, mungkin sebab habis di borong dek tukang-tukang yang ada. Kalau ada pun, saya rasa tinggal kayu reject je. Beruntung le sesiapa yang dah ada sebilah parang guna kayu ni, saya ada 1 je tinggal, yang lain semua dah lepas kat orang.. hu..hu.. sayang betul...
Salam tuan,
ReplyDeleteParang ni sesuai utk apa?sembelihan atau kegunaan lasak?
Salam,
ReplyDeleteTak pasti pulak saya, kalau di tengok, lebih macam senjata, tapi kalau tuk sembelih, mungkin boleh gak, kalau tuk lasak, mata kena lebar lagi. Mata parang ni lebih macam pedang pendek rasanya.