Saturday, January 1, 2011

Parang Panjang Cap Bendera Sarawak

Tuan Punya: Saudara Saini
Panjang Keseluruhan: 59cm
Panjang Hulu: 16.5cm
Panjang Mata: 41cm
Jenis Besi: Spring Sabah
Kayu: Kepayang + Rengas + Malam + Kulimpapa Tanduk
Buatan: Tukang Jol RTM (013-8216567)

Percaya atau tidak, bendera tu dibuat dari kayu sepenuhnya. Mula-mula waktu tengok gambar parang ni saya ingatkan dicat ke.. lukis ke.. tapi bila pegang sendiri, memang sah dibuat guna cantuman kayu. Bintang tu dibuat guna serbuk kayu Kulimpapa Tanduk dan inilah pertama kalinya saya jumpa parang guna kayu Kepayang buat sarung, ala.. yang selalu kita dengar dalam pantun lama tu.. "Sayang sayang buah kepayang, ditelan pahit dibuang saya.." ujungnya sila sambung sendiri, saya belajar takat tu je.. he..he.. isi kayu ni nampak lebih menyerlah kalau kena kat cahaya matahari. Bekilat-kilat macam ada hologram. Memang cantik.











No comments:

Post a Comment