Kedua-dua parang ni adalah buatan Tukang Pian Dewan Suarah dan kedua-duanya sudah dimiliki orang. Parang yang bertebuk ni khabarnya dah dipunyai oleh seorang anggota trafik dan yang satu lagi kepunyaan seorang ustaz. Kalau tak silap saya kayu yang digunakan untuk parang tabuk tu ialah kayu Ru yang bentuknya macam pokok krismas. Tapi saya tak pasti sangat, rasa-rasa kayu tu le. Warna coklatnya cukup pekat macam kena cat. Beruntung tuan punya.. maaf kepada semua sebab lupa nak dapatkan no HP tukang Pian, nanti kalau saya dapat, saya akan masukkan kat senarai tukang. Manalah tahu ada yang minat nak menempah.
No comments:
Post a Comment