Thursday, April 7, 2011

Mata Parang Spring Siap Kilat

Sebelum cuti sekolah bulan Mac tadi, saya ada membeli dua bilah mata parang baru dari tamu Limbang. Bentuk matanya cantik dengan ukuran dalam 14 inci setiap satu. Sedikit tebal, sedikit lebar dan agak berat. Sesuai untuk kerja-kerja lasak seperti menebang dahan-dahan kayu. Setakat ni, mata parang dah dikilatkan tunggu nak dihantar kat tukang untuk buat sarung je lagi. Lepas tu baru buat proses kilatan kali kedua sebelum digosok ngan kertas pasir sampai nampak macam cermin.

Sebenarnya, bukan saya yang kilatkan mata ni, upah ngan Tukang Besar di Kpg Batu Bekarang. Kalau harapkan saya, tahun depan pun belum tentu siap. Kebelakangan ni agak sebuk memanjang. Cadang nak bagi sebilah dengan ayah mertua. Dia minat gak koleksi parang ni. Sebilah lagi, rasa-rasa nak dihantar ke Miri, minta sarungkan dengan tukang di Tudan 5, tapi ada gak rasa nak hartar kat tukang Kamarul minta buatkan sarung dam. Tengoklah nanti...



No comments:

Post a Comment