Thursday, July 16, 2009
Parang Dapur Kayu Simbut
Tuan Punya: Kadir Hj. Matusin
Besi: Spring Kenderaan
Kayu: Kayu Simbut
Panjang Bilah: 24cm
Panjang Keseluruhan: 39cm
Komen: Parang ni saya beli di Tamu Jumaat Limbang kira-kira sebulan lebih yang lalu. Ia buatan tukang iban dari hulu Limbang. Kemudian saya hantar ke Lawas untuk dibuat hulu dan sarung yang baru, sebab hulu dan sarung lamanya agak hodoh. Untuk parang ni, saya memilih kayu simbut. Kayu Simbut terkenal dengan corak kayunya yang berbelang-belang dan seakan-akan batu cat eyes. Warna kayunya akan berubah-ubah apabila lihat dibawah sinar cahaya matahari. Kayu ni memang cantik, cuma ia dalam ketegori kayu lembut. Parang ni merupakan parang untuk kegunaan di dapur. Betuk matanya juga telah saya buat sedikit perubahan dari bentuk asalnya.
07 Sept 2009 - Parang ni dah saya hadiahkan kepada bapa mertua saya.
Beautiful parang
ReplyDelete