Pisau ni, khabarnya milik seorang guru sekolah di Lawas. Kebetulan ia masih dalam pegangan sahabat saya En. Sahari sementara menunggu diambil oleh tuan punya. Jadi saya pun ambil kesempatan merakam beberapa foto untuk dikongsi bersama. Saya rasa, mata pisau ni kemungkinan dibuat dari besi spring kenderaan dengan sarung dan hulunya dari kayu baru. Sarung dan hulu dibuat oleh Pakcik Mohiden dari Kampung Sualai, Lawas. Kepada tuan punya parang, "Cikgu minta izin ye, saya simpan gambar parang cikgu dalam blog saya"... :)
Friday, July 31, 2009
Thursday, July 30, 2009
Kayu 1
Antara kayu yang digunakan untuk membuat sarung dan hulu parang oleh masyarakat tempatan. Kebelakangan ni, agak susah nak dapatkan kayu-kayu yang mempunyai corak urat yang cantik-cantik. Kalau dapat satu, memang beruntung.
Kayu Nyieh: Warna kemerahan kayu Nyieh sangat cantik, namun parang yang menggunakan sarung dari kayu Nyieh mesti diperiksa seminggu sekali kerana khabarnya, mata parang mudah berkarat kalau disarung dengan kayu ni. Terutama parang dari besi spring.
Kayu Mata Kucing: Sudah banyak jenis kayu buah-buahan yang telah dicuba sebagai sarung dan hulu parang termasuklah Kayu Buah Mata Kucing. Urat kayu yang berbelang-belang macam harimau adalah tarikan utama kayu ni menjadi pilihan kolektor parang.
Kayu Sarongan: Kayu ni memang sudah lama menjadi pilihan sebagai sarung dan hulu parang. Antara kayu sarongan yang paling cantik pernah saya lihat ialah kayu sarongan yang diperolehi dari banir kayu yang mati beragan (mati sendiri).
Kayu Malam: Antara kayu yang paling populer di sekitar Limbang dan Lawas. Kayunya keras dan cantik. Cuma satu masalah, kalau lambat dibuat, kayu akan merekah.
Kayu NyiehKayu Mata KucingKayu SaronganKayu Nyieh: Warna kemerahan kayu Nyieh sangat cantik, namun parang yang menggunakan sarung dari kayu Nyieh mesti diperiksa seminggu sekali kerana khabarnya, mata parang mudah berkarat kalau disarung dengan kayu ni. Terutama parang dari besi spring.
Kayu Mata Kucing: Sudah banyak jenis kayu buah-buahan yang telah dicuba sebagai sarung dan hulu parang termasuklah Kayu Buah Mata Kucing. Urat kayu yang berbelang-belang macam harimau adalah tarikan utama kayu ni menjadi pilihan kolektor parang.
Kayu Sarongan: Kayu ni memang sudah lama menjadi pilihan sebagai sarung dan hulu parang. Antara kayu sarongan yang paling cantik pernah saya lihat ialah kayu sarongan yang diperolehi dari banir kayu yang mati beragan (mati sendiri).
Kayu Malam: Antara kayu yang paling populer di sekitar Limbang dan Lawas. Kayunya keras dan cantik. Cuma satu masalah, kalau lambat dibuat, kayu akan merekah.
Wednesday, July 22, 2009
Jambul Cengkadak
Tuan Punya: En. Mahadi Bair
Besi: Spring Kenderaan
Kayu: Kayu Malam/Kulimpapa Tanduk
Komen: Parang ni baru dibeli oleh Saudara Mahadi semalam. Tukangnya saudara Kamarul. Sekali imbas macam pedang tetapi sebenarnya saiz bilahnya cuma dalam 14 inci sahaja. Kombinasi warna kayu hitam kuning memang cantik. Menurut saudara Kamarul, beliau bercadang untuk menggunkan warna kayu kemerahan, putih dan hitam untuk parang barunya nanti. Sama-samalah kita menunggu hasilnya.

Parang Traditional
Tuan Punya: Rosidi Masli
Besi: Plat Mesin Gergaji Kayu (Mata Sansaw)
Kayu: Kayu Ranggu
Komen: Parang ni di sarungkan oleh Pakcik Mohiden dari Kampung Sualai, Lawas. Mata bilahnya dibuat dari besi plat mesin gergaji kayu. Ukiran pada parang ni kalau tak silap saya, sama seperti ukiran parang Bajau di Sabah. Memang unik dan cantik.

Thursday, July 16, 2009
Balung Parang Dam
Tuan Punya: En. Mahadi Bair
Besi: Unknow (Besi Brunei)
Kayu: Kayu Nyieh/Kulimpapa/Rengas
Komen: Parang ni baru sahaja dibeli oleh saudara Mahadi dari Saudara Kamarul. Hulunya ditambah jambul macam jambul burung. Parang ni barat dan besar. Besinya tidak diketahui jenisnya, tapi menurut saudara Kamarul, besi ni diperolehi dari Brunei. Saya tengok sendiri bila besi parang ni diguna untuk memotong paku 5 inci. Mata parangnya langsung tak sumbing. Cukup tahan ketajamannya. Hulunya sememangnya agak besar sedikit, mungkin bagi menampung berat parang tu.

Parang Dapur Kayu Simbut
Tuan Punya: Kadir Hj. Matusin
Besi: Spring Kenderaan
Kayu: Kayu Simbut
Panjang Bilah: 24cm
Panjang Keseluruhan: 39cm
Komen: Parang ni saya beli di Tamu Jumaat Limbang kira-kira sebulan lebih yang lalu. Ia buatan tukang iban dari hulu Limbang. Kemudian saya hantar ke Lawas untuk dibuat hulu dan sarung yang baru, sebab hulu dan sarung lamanya agak hodoh. Untuk parang ni, saya memilih kayu simbut. Kayu Simbut terkenal dengan corak kayunya yang berbelang-belang dan seakan-akan batu cat eyes. Warna kayunya akan berubah-ubah apabila lihat dibawah sinar cahaya matahari. Kayu ni memang cantik, cuma ia dalam ketegori kayu lembut. Parang ni merupakan parang untuk kegunaan di dapur. Betuk matanya juga telah saya buat sedikit perubahan dari bentuk asalnya.
07 Sept 2009 - Parang ni dah saya hadiahkan kepada bapa mertua saya.
Friday, July 10, 2009
Lagi milik saudara Mahadi
Semua parang-parang di bawah, milik saudara Mahadi. Gambar-gambar ni diberikan kepada saya pagi tadi untuk dimasuk dalam blog ni. Kalau saudara semua punya hobi yang sama, dan ingin berkongsi kecantikan parang-parang saudara, emailkanlah kepada saya, nanti saya upload dalam blog ni. Kalau saudara nak menjual koleksi anda, saya boleh iklankan percuma kat sini. Yang penting, kita dapat berkongsi hobi yang sama.
Parang di bawah ni adalah diantara koleksi awal saudara Mahadi dan di tukangkan oleh saudara Imran.
Menurut En. Mahadi, parang ni sudah berada dalam simpanan beliau lebih 17 tahun. Kondisinya masih baik. Besinya dari spring kenderaan.
Yang di bawah ni, saya rasa lebih kepada pedang dari parang. Kayunya dibuat dari kayu Malam dan besinya dari steel sub engin bot. Semulajadi berkilat tanpa perlu digilap dengan grind atau kertas pasir.