Tuesday, December 27, 2011

Kelab Seni Parang Limbang

Pada 24 Disember, 2011 bertempat di pekarangan Limbang Plaza, Limbang telah berlangsung majlis perasmian logo Kelab Seni Parang Limbang oleh Tuan Residen Bahagian Limbang, Tuan Maria Bin Hasman mewakili Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan, Menteri Perancangan Sumber Dan Alam Sekitar II, Menteri Kemudahan Awam, Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak.

Kelab tersebut telah ditubuhkan pada 08 Julai, 2011 hasil dari pertemuan bebepada tukang dan peminat parang sekitar Limbang. Penaung kelab tersebut ialah Yang Behormat Haji Hasbi Bin Haji Habibollah dan penasihatnya Yang Berhormat Dr. Abdul Rahman Bin Haji Ismail. Berikut senarai Jawatankuasa induk kelab tersebut:

Pengurusi: Tuan Sufian Bin Mohat
Timbalan Pengerusi: En. Kamis Bin Aji
Setiausaha: En. Mahadi Bin Haji Bair
Timbalan Setiausaha: En. Sufian Bin Ludin
Bendahari: En. Pangis Bin Dollah

Semoga dengan adanya kelab seumpama ni, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan parang, sekitar bahagian Limbang, dapat dianjurkan dengan lebih teratur.

Harapan saya, bila dah ada kelab ni, manalah tau kalau-kalau suatu hari nanti, parang-parang keluaran dari bahagian Limbang ada sijil macam pedang katana asli Jepun. Insyaallah...



Tuesday, November 1, 2011

Parang Tamu Limbang

Gambar-gambar ni saya ambil bulan 9 lepas, baru perasan pagi ni tadi waktu tengok-tengok gambar dalam handphone.