Friday, May 6, 2011

Parang Di Tamu Jumaat 29/04/2011

Gambar-gambar ni saya rakam minggu lepas, pagi tadi sempat gak turun ke tamu, tapi masih awal, belum banyak parang yang turun. Jadi minggu ni saya tak ada ambik gambar.




Saya suka sangat dengan parang di atas ni, kayu dia cantik. Tengah saya membelek-belek parang ni rupa-rupanya ada orang tengah berunding dengan tuan punya. Melepaslah saya. Kayu parang ni ialah kayu cendana dan saya rasa ni bahagian teras dia. Besi kalau tak silap besi spring. Harga RM200.






Parang panjang dengan lilitan tali hitam di atas, kalau tak silap saya rega dia dalam RM75 sebilah. Ni parang biasa untuk kegunaan ke kebun. Yang pendek kat bawah ni, RM50 sebilah.